Apa itu Meta4
MT4 ialah satu platform untuk forex trading sama seperti Streamster. MT4 digunakan secara meluas didalam sistem charting kerana platform MT4 sgt sesuai utk penggunaan indikator yg dicipta khas utk satu2 sistem (Custom Indicator). Cth seperti penggunaan Bollinger Band , tidak dpt jalankan di Streamster ttp dapat di lihat di MT4 platform. Terdapat byk broker yg menggunakan MT4 utk sistem mereka, salah satu ialah http://www.fxmalay.com/. Anda boleh d/load MT4 dari laman web fxmalay yg saya bulatkan dgn warna merah.
*Utk memahirkan diri dgn sistem MT4 anda dinasihatkan utk menggunakan demo akaun terlebih dahulu sebelum pergi kpd akaun yg betul. Sila fahami terlebih dahulu ttg konsep Lot size, equity, buy, sell, swap dan lain2.




Kelebihan MT4
Seperti yg di ulaskan diatas, antara kelebihan utama MT4 ialah Custom Indicator yg mana satu2 indikator yg dihasilkan boleh dimasukkan kedalam sistem MT4. Kelebihan yg kedua ialah mengenai EA (Expert Advisor) yg mana EA ialah satu konsep trading auto, yg mana anda boleh menjalankan trading secara automatik dgn meletakkan syarat2 tertentu seperti, SL dan ET sebelum menjalankan sistem EA tersebut.
Antara cth EA yg bagus ialah misakas v2 dan scalper v1. Sekiranya anda ialah seorang programmer, anda boleh mencipta indicator anda sendiri. Setiap indicator mesti berakhir dgn *.mq4, sementara template pula berakhir dgn *.tpl. Manakala pengaturcaraan yg digunakan ialah C++.
Menggunakan Indicator
Setiap indicator di MT4 akan berakhir dgn *.mq4 ataupun *.ex4. Cara2 menggunakannya ialah;
Menggunakan Template
Template ialah satu sistem yg telah di setkan dgn berasaskan indicator2 yg telah ada atau anda masukkan.Template file mestilah berakhir dgn *.tpl . Utk memasukkan template;
Teori 1. Fibonacci
Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan nisbah : 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.
Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya. Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.
Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market? jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan, pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo. Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;
Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618
Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)
Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dsb. Anda boleh mendalami penggunaan fibo dia website www.babypips.com
Teori 2. Elliott Wave
Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave. Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.
Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri. Syarat penggunaan yg biasa ialah;
Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdpt juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang). Anda boleh melihat cth2 Elliott wave di website ini.
Teori 3. Pivot Point
Antara teori yg sangat popular dikalangan para trader ialah teknik Pivot Point (PP). Teknik ini adlh sgt popular digunakan sebagai support dan resistance, untk menentukan tahap tertinggi atau terendah sesuatu pergerakan market. Kebiasaannya PP akan datang bersama R1,R2,R3 dan S1,S2,S3. Terdapat berbagai2 pengiraan PP ini, namun secara asasnya pengiraan PP ialah;
PP = (H + L + C)/3
Resistance 1 =(PPx2)-L
Resistance 2 =PP+H-L
Resistance 3 = High + 2*(Pivot - Low)
Support 1 =(PPx2)-H
Support 2 =PP-H+L
Support 3 = Low - 2*(High - Pivot)
Anda tidak perlu utk menghafal semua formula ini kerana sememangnya terdpt byk indikator yg membuat pengiraan ini secara automatik.
Cth penggunaan Pivot Point.
Apa itu Fundamental Analysis?
Terdapat byk penjelasan ttg maksud sebenar FA itu sendiri namun, dari sudut forex itu sendiri saya ada terbaca bahawa "FA ialah satu kajian ttg keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara berdasarkan prestasi semasa, yg digunakan oleh para trader utk menentukan harga matawang tsb samada didagangkan dgn lebih tinggi atau lebih rendah". Terdapat 2 jenis data yg digunakan didalam FA iaitu;
Apakah FA itu penting?
Sememangnya FA itu sgt penting untuk diambil tahu oleh setiap trader kerana respon yg berlaku hasil daripada FA itu sendiri adlh sgt besar. Namun keadaan pergerakan yg besar dan kadang2 tidak menentu pergerakannya boleh menyebabkan trader untung besar ataupun rugi besar dlm beberapa saat sahaja.
Info tentang FA
Terdpat byk laman web yg memberikan info ttg news FA samada percuma atau berbayar seperti forexfactory.com , bloomberg.com dsb. Persoalannya apakah news yg bagus? dan apakah news mudah utk ditradingkan? Info2 ini saya dapati di laman web forexfactory.com yg mana menunjukkkan apakah news yg bagus utk ditradingkan. Disini saya berikan cth2 news yg selalu diperhatikan utk matawang USD.

2. FOMC

3. Trade Balance

4. Consumer Price Index

5. Retail Sale

*Ini hanyalah contoh2 sahaja. keadaan sebenar mungkin berubah bergantung kpd keadaan semasa. Selain daripada 5 contoh diatas terdapat byk lagi news/event yg penting yg perlu utk diambil tahu. Anda boleh melihat jadual utk news di website www.forexfactory.com
No comments:
Post a Comment